Neraka Jahannam
Apakah anda tahu berapa luasnya Neraka
Jahanam ???
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.
berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada
waktu yg ia tidak biasa datang dalam
keadaan berubah mukanya, maka ditanya
oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka
tidak layak bagi orang yg mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan
siksa kubur itu benar, dan siksa Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum
ia merasa aman daripadanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian
dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga
hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang
jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi
nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Qur'an
itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke
tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur keranasangat panasnya, Jahannam itu sangat
dalam dan perhiasannya besi, dan numannya air panas campur nanah, dan
pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,
tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan
perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah
pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu
terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan
70,000 tahun, tiap pintu lebih panas
dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih
panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah
penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah
untuk orang-orang munafik, dan orang-orang
yg kafir setelah diturunkan hidangan
mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin
bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in
bernama Saqar.
Pintu keempat tempat Iblis dan
pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama
Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara
bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada
Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan
penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang
yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai
mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika
mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w.
di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan sesudah sedar nabi saw bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku
dan sangat sedihku, apakah ada seorang
dari ummat ku yang akan masuk ke
dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg
berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail
juga menangis, kemudian nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar
kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang
dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan
Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih
boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat bertahan dengan panasnya
terik matahari Ku. Tahukah kamu
bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7
tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000
daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000
kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang
pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang
panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10.Juga di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 rantai
11.Setiap rantai diseret oleh 70,000
malaikat.
Mudah-mudahan dapat menimbulkan
keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.
Al-Quran
Surah Al- Baqarah Ayat 159 :
"Sesungguhnya orang-orang yang
menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk
hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci,
mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah
S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"...
No comments:
Post a Comment