Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar
Dari
Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara
Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
"Aku
adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada
hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang
tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada
di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang
pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur,
mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka
semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh
Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul." Ibnu Abbas ra berkata:
"Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad
SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang
dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa
bersamanya pakaian-pakaian syurga."